Salam..urm..kali ni aku nak cakap sal gambar private dekat friendster. Untuk pengatahuan korang, dekat dalam internet sana, terdapat pelbagai cara yang membolehkan sesiapapun melihat private photo korang walaupun tanpa keizinan korang. Korang percaya x?
Walaupun ada sesetengah cara telah berjaya "disable"kan oleh friendster. Tetapi still terdapat cara lain yang membolehkan sesiapapun melihat private photo korang. Aku sendiri pernah mencuba satu teknik tu, dan ia ternyata berkesan. Tapi tak tau la sekarang ni berkesan lagi ke tak sbb aku buat sekali hanya je untuk testing dan aku takut jugak kalau friendster dapat detect, nanti tak pasal-pasal friendster aku kena block.
Jadi, nasihat dari aku kat korang, jangan la upload dan simpan gambar-gambar private tu kat friendster sebab tak guna ada "private" tapi orang lain boleh tengok. Lagipun, kalau orang tu nak tengok gambar private korang secara haram, kemungkinan besar dia tu mempunyai niat yang tak baik. Lebih baik kita elakkan dari benda tu sume berlaku. Kalau korang nak sangat tunjuk gambar private tu dekat "special one", gunalah cara lain, seperti hantar gambar tu melalui email ke, yahoo messenger ke, atau apa-apa la yang sesuai. Tapi kalau nak send gambar tu, berpada-pada la. Jangan lak send gambar yang bukan-bukan, kalau terjadi pape, korang jugak menyesal.