Cuti-cuti malaysia

Thursday, June 11, 2009


hurm...sekarang ni kita sedia maklum sekarang ni,musin cuti bagi budak u dan termasuk la cuti penggal sekolah. Walaupun cuti sekolah tinggal beberapa hari, tak apa. Manfaatkan la saki baki cuti korang sebelum cuti korang habis seperti buat kerja sekolah ke, ulangkaji ke, atau apa-apa la yang patut supaya masa cuti korg tidak disia-siakan. Tapi aku dulu selalu jugak sia-siakan masa cuti aku dengan main gam je sepanjang masa. Tapi tu dulu, korang jgn ikut lak.

Aku sekarang ni pun tengah cuti. Cuti sem. Aku start cuti 24/4 sampai la 5/7. Lebih kurang 2 bulan lebih aku cuti. Biasanya time cuti sem ni, orang akan tanya, cuti ni wat pe? tak pegi jalan-jalan ke? tak kerja ke? solan-solan ni memang aku selalu dapat la bila tengah cuti n selepas cuti. Alang-alang aku tulis kat sini je, akuxde wat pepon, just duk rumah, makan, tido, main internet tu je. Tp apa yang beza dari cuti-cuti aku yang lain, cuti ni aku wat lesen motor n kereta. Aku baru je dpt lesen L. Rasa-rasanya tak sempat dah nak buat test untuk lesen P, huhu, sedey..

Aku sebenarnya jeles jgk bila tengok member-member aku time cuti-cuti ni kerja untuk mencari pengalaman N duit. Bagi aku bagusnya diorang tu, orang lain ramai duk lepak kat rumah, diorang bertungkus-lumus kerja. Ada yg kerja kat supermarket, ada kat workshop, N ada jgk yg keje kat UMP..hahaha..menarik2.

Tidak kurang juga kepada student-student U yg tengah wat short sem sekarang ni. Diorang pon bagus jgk sebab menghabiskan masa cuti diorang dengan belajar. Ada yang buat short sem untuk baiki result dia, ada yg ambik sebab nak cover untuk subjek sem depan, N ada jgk yg terpaksa ambil short sem kerana diminta oleh pensyarah diorang @ fakulti diorang.

Ni semua antara cara-cara student U menghabiskan masa cuti semester diorang. Masing-masing ada cara tersendiri untuk menghabiskan masa cuti diorang. Xkisah la korang nak wat pepon time cuti ni. Tapi nasihat aku, habiskanlah masa cuti korang dengan sebaik-baiknya. Jangan sekali buat aktiviti yg boleh membawa kemudaratan atau dengan kata lain pekara-pekara yg negative seperti merempit, aku xnak sebut banyak, korang pikir la sendiri. Jangan bila dah kena musibah baru nak menyesal. Sekian..

Wireless broadband : Antara Celcom broadband dengan Maxis broadband, mana lagi best??

Wednesday, June 10, 2009








Haa...ni first topik dalam segmen "Antara Hitam N Puteh". Haha..topik untuk kali ni, "Antara Celcom Broadband Dengan Maxis Broadband. Mana lagi best??".

Aku sebenarnya tak tahu mana yang lagi best. Sebab tu aku bukak topik ni. Nak tanya pendapat korang la, mana lagi best. Dua company ni merupakan pembekal wireless network terbesar dia Malaysia. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Celcom broadband ada dua pelan, iaitu Basic dan Advance. Pelan Basic, kelajuannya oleh smpai 384Kbps dengan harga RM68 sebulan. Manakala pelan Advance boleh smpai 3.6Mbps dengan harga RM98 sebulan.

Maxis broadband lak ada pelan Advance Lite. Iaitu pelan yang tidak termasuk dengan harga modem. Harga pelan ni RM78 sebulan dengan kelajuan boleh smapai 3.6Mbps.

Bila dibandingkan kedua-dua wirelessbroadband nih. Aku rasa Maxis Broadband lagi berbaloi untuk dimiliki. Tetapi, sejauh manakah keberkesanannya? Ha..sebab tu la..sebelum korang nak beli wireless broadband ni, korang kena tgk beberapa kateria. Antaranya ialah.

  1. Liputan(coverage) - bagi pengguna wireless broadband, coverage merupakan benda yang paling penting. Ada sesetengah broadband tidak ada coverage di sesetengah tempat. Lebih-lebih lagi kawasan yang terpencil. Jadi pastikan anda memeriksa dahulu broadband coverage sebelum korang melanggan.
  2. Kelajuan(speed) - kelajuan broadband juga perlu dinilai sebelum melanggan. Pastikan broadband yang korang nak langgan tu memberikan kelajuan sesuai dengan keperluan korang. Kalau korang sekadar suka melayari internet,membaca blog dan sebagainya, 384Kps sudah mencukupi. Tetapi kalau korang memang inginkan kepuasan dan kepantasan semasa menonton video online, mendownload, atau sebagainya, korang memang memerlukan broadband yang menawarkan speed yang tinggi.
  3. Kebersanan(effective)- wireless broadband tidak la sebaik fixed-line broadband dalam kebersanan. Wireless broadband biasanya akan mengalami masalah seperti selalu disconnet, speed menjadi slow, ataupun tiada coverage. Masalah ini memang biasa berlaku kepada wireless broadband. Oleh itu, broadband yang mempunyai kebersanan yang tinggi merupakan pilihan yg terbaik.
  4. Harga(price) - Haa..nak beli broadband ni bukan senang, kena jugak tgk harga dia. Kalau xmampu tu, beli yang murah-murah sudah.
Hurm..aku rasa tu je kateria yang perlu korang tgk sebelum melanggan mana-mana wireless broadband. Kita selalu jugak tengok iklan-iklan ni kat TV, surat khbar, kat tepi jalan pun ada..sume tu nak tarik korang beli dia punya produk la 2..hehe..tapi terpulang la korang nak pilih yang mana. Pilihan di tangan anda.hahaha...kalau korang rasa nak komen sal artikal ni, ataupun cara penulisan aku ni..harap korang leh la tulis comment korang kat bawah. Sebab aku ni baru lagi jadi bloggers. Selama ni selalu view blog orang jer..hehehe..

Private Photo kat friendster

Monday, June 8, 2009



Salam..urm..kali ni aku nak cakap sal gambar private dekat friendster. Untuk pengatahuan korang, dekat dalam internet sana, terdapat pelbagai cara yang membolehkan sesiapapun melihat private photo korang walaupun tanpa keizinan korang. Korang percaya x?

Walaupun ada sesetengah cara telah berjaya "disable"kan oleh friendster. Tetapi still terdapat cara lain yang membolehkan sesiapapun melihat private photo korang. Aku sendiri pernah mencuba satu teknik tu, dan ia ternyata berkesan. Tapi tak tau la sekarang ni berkesan lagi ke tak sbb aku buat sekali hanya je untuk testing dan aku takut jugak kalau friendster dapat detect, nanti tak pasal-pasal friendster aku kena block.

Jadi, nasihat dari aku kat korang, jangan la upload dan simpan gambar-gambar private tu kat friendster sebab tak guna ada "private" tapi orang lain boleh tengok. Lagipun, kalau orang tu nak tengok gambar private korang secara haram, kemungkinan besar dia tu mempunyai niat yang tak baik. Lebih baik kita elakkan dari benda tu sume berlaku. Kalau korang nak sangat tunjuk gambar private tu dekat "special one", gunalah cara lain, seperti hantar gambar tu melalui email ke, yahoo messenger ke, atau apa-apa la yang sesuai. Tapi kalau nak send gambar tu, berpada-pada la. Jangan lak send gambar yang bukan-bukan, kalau terjadi pape, korang jugak menyesal.

alllooo...

Sunday, June 7, 2009

Assalamualaikum..

Buat perngetahuan anda semua, blog ini merupakan blog pertama aku dan merupakan komen yang pertama dari aku. Aku dapat idea untuk mencebur diri menjadi blogger ni melalui kawan-kawan aku. Selain itu terdapat banyak laman-laman Blog yang lain yang menarik perhatian aku. Jadi kini aku bertekat ingin memulakan hobi baru aku sebagai blogger.

Aku bukanlah seorang penulis yang baik. Kata orang, penulis yang baik adalah seorang pembaca yang baik. Buat pengetahuan korang, aku merupakan seorang yang kurang membaca. Masakan hendak jadi seorang penulis?? Tetapi aku akan cuba buat yang terbaik dan belajar dari blogger-blogger yang lain.

Aku berasal dari paka, terengganu dan kini merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang. Jadi, mungkin kebanyakkan cerita dalam blog aku ni aku dipenuhi dengan kisah-kisah aku di UMP dan peristiwa yang berlaku di UMP.

Sekian saja dari aku buat pertama kalinya menulis blog. Apapun terima kasih kerana sudi membaca blog aku ni walaupun aku rasa tiada sesiapapun akan membacanya. Kepada sesiapa yg kenal aku, boleh la add sebagai follower kepada blog aku ni. Sekian, salam.