Assalamualaikum..
Buat perngetahuan anda semua, blog ini merupakan blog pertama aku dan merupakan komen yang pertama dari aku. Aku dapat idea untuk mencebur diri menjadi blogger ni melalui kawan-kawan aku. Selain itu terdapat banyak laman-laman Blog yang lain yang menarik perhatian aku. Jadi kini aku bertekat ingin memulakan hobi baru aku sebagai blogger.
Aku bukanlah seorang penulis yang baik. Kata orang, penulis yang baik adalah seorang pembaca yang baik. Buat pengetahuan korang, aku merupakan seorang yang kurang membaca. Masakan hendak jadi seorang penulis?? Tetapi aku akan cuba buat yang terbaik dan belajar dari blogger-blogger yang lain.
Aku berasal dari paka, terengganu dan kini merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang. Jadi, mungkin kebanyakkan cerita dalam blog aku ni aku dipenuhi dengan kisah-kisah aku di UMP dan peristiwa yang berlaku di UMP.
Sekian saja dari aku buat pertama kalinya menulis blog. Apapun terima kasih kerana sudi membaca blog aku ni walaupun aku rasa tiada sesiapapun akan membacanya. Kepada sesiapa yg kenal aku, boleh la add sebagai follower kepada blog aku ni. Sekian, salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
iye ke seorg penulis yg bek adalah seorg pembaca yg bek???
ia adalah 2 menda yg sgt berbeza...
=)
Post a Comment