hurm...sekarang ni kita sedia maklum sekarang ni,musin cuti bagi budak u dan termasuk la cuti penggal sekolah. Walaupun cuti sekolah tinggal beberapa hari, tak apa. Manfaatkan la saki baki cuti korang sebelum cuti korang habis seperti buat kerja sekolah ke, ulangkaji ke, atau apa-apa la yang patut supaya masa cuti korg tidak disia-siakan. Tapi aku dulu selalu jugak sia-siakan masa cuti aku dengan main gam je sepanjang masa. Tapi tu dulu, korang jgn ikut lak.
Aku sekarang ni pun tengah cuti. Cuti sem. Aku start cuti 24/4 sampai la 5/7. Lebih kurang 2 bulan lebih aku cuti. Biasanya time cuti sem ni, orang akan tanya, cuti ni wat pe? tak pegi jalan-jalan ke? tak kerja ke? solan-solan ni memang aku selalu dapat la bila tengah cuti n selepas cuti. Alang-alang aku tulis kat sini je, akuxde wat pepon, just duk rumah, makan, tido, main internet tu je. Tp apa yang beza dari cuti-cuti aku yang lain, cuti ni aku wat lesen motor n kereta. Aku baru je dpt lesen L. Rasa-rasanya tak sempat dah nak buat test untuk lesen P, huhu, sedey..
Aku sebenarnya jeles jgk bila tengok member-member aku time cuti-cuti ni kerja untuk mencari pengalaman N duit. Bagi aku bagusnya diorang tu, orang lain ramai duk lepak kat rumah, diorang bertungkus-lumus kerja. Ada yg kerja kat supermarket, ada kat workshop, N ada jgk yg keje kat UMP..hahaha..menarik2.
Tidak kurang juga kepada student-student U yg tengah wat short sem sekarang ni. Diorang pon bagus jgk sebab menghabiskan masa cuti diorang dengan belajar. Ada yang buat short sem untuk baiki result dia, ada yg ambik sebab nak cover untuk subjek sem depan, N ada jgk yg terpaksa ambil short sem kerana diminta oleh pensyarah diorang @ fakulti diorang.
Ni semua antara cara-cara student U menghabiskan masa cuti semester diorang. Masing-masing ada cara tersendiri untuk menghabiskan masa cuti diorang. Xkisah la korang nak wat pepon time cuti ni. Tapi nasihat aku, habiskanlah masa cuti korang dengan sebaik-baiknya. Jangan sekali buat aktiviti yg boleh membawa kemudaratan atau dengan kata lain pekara-pekara yg negative seperti merempit, aku xnak sebut banyak, korang pikir la sendiri. Jangan bila dah kena musibah baru nak menyesal. Sekian..
0 comments:
Post a Comment