Haa...ni first topik dalam segmen "Antara Hitam N Puteh". Haha..topik untuk kali ni, "Antara Celcom Broadband Dengan Maxis Broadband. Mana lagi best??".
Aku sebenarnya tak tahu mana yang lagi best. Sebab tu aku bukak topik ni. Nak tanya pendapat korang la, mana lagi best. Dua company ni merupakan pembekal wireless network terbesar dia Malaysia. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.
Celcom broadband ada dua pelan, iaitu Basic dan Advance. Pelan Basic, kelajuannya oleh smpai 384Kbps dengan harga RM68 sebulan. Manakala pelan Advance boleh smpai 3.6Mbps dengan harga RM98 sebulan.
Maxis broadband lak ada pelan Advance Lite. Iaitu pelan yang tidak termasuk dengan harga modem. Harga pelan ni RM78 sebulan dengan kelajuan boleh smapai 3.6Mbps.
Bila dibandingkan kedua-dua wirelessbroadband nih. Aku rasa Maxis Broadband lagi berbaloi untuk dimiliki. Tetapi, sejauh manakah keberkesanannya? Ha..sebab tu la..sebelum korang nak beli wireless broadband ni, korang kena tgk beberapa kateria. Antaranya ialah.
- Liputan(coverage) - bagi pengguna wireless broadband, coverage merupakan benda yang paling penting. Ada sesetengah broadband tidak ada coverage di sesetengah tempat. Lebih-lebih lagi kawasan yang terpencil. Jadi pastikan anda memeriksa dahulu broadband coverage sebelum korang melanggan.
- Kelajuan(speed) - kelajuan broadband juga perlu dinilai sebelum melanggan. Pastikan broadband yang korang nak langgan tu memberikan kelajuan sesuai dengan keperluan korang. Kalau korang sekadar suka melayari internet,membaca blog dan sebagainya, 384Kps sudah mencukupi. Tetapi kalau korang memang inginkan kepuasan dan kepantasan semasa menonton video online, mendownload, atau sebagainya, korang memang memerlukan broadband yang menawarkan speed yang tinggi.
- Kebersanan(effective)- wireless broadband tidak la sebaik fixed-line broadband dalam kebersanan. Wireless broadband biasanya akan mengalami masalah seperti selalu disconnet, speed menjadi slow, ataupun tiada coverage. Masalah ini memang biasa berlaku kepada wireless broadband. Oleh itu, broadband yang mempunyai kebersanan yang tinggi merupakan pilihan yg terbaik.
- Harga(price) - Haa..nak beli broadband ni bukan senang, kena jugak tgk harga dia. Kalau xmampu tu, beli yang murah-murah sudah.
0 comments:
Post a Comment